Kad pengenalan di pelbagai negara Dokumen_pengenalan

Mengikut laporan Privacy International pada 1996, terdapat kira-kira 100 buah negara di dunia yang mewajibkan rakyatnya mempunyai kad pengenalan.

Kad pengenalan wajib

Fail:Personalausweis-Deutschland (Vorderseite).jpg"Personalausweis" Jerman (depan)Fail:Personalausweis-Deutschland (Rückseite).jpg"Personalausweis" Jerman (belakang)

Di sesetengah negara, kad pengenalan cuma diwajibkan setelah sesorang itu mencapai satu umur tertentu.

  • Argentina: Documento Nacional de Identidad diberikan semasa kelahiran. Perlu diperbaharui pada umur 8 dan 16 tahun. Berbentuk buku kecil dengan kulit kadbod hijau gelap. Data ditulis tangan. Pemeriksaan rambang tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran hakim.
  • Belanda: Pengenalan wajib (dalam bahasa Inggeris). Kad pengenalan tidak wajib, tetapi semua orang yang berumur lebih 14 tahun perlu membawa dokumen pengenalan (kad pengenalan, lesen memandu, pasport) setiap masa.
  • Belgium: Daftar kebangsaan (dalam bahasa Belanda, Jerman dan Perancis). Mula diberi pada umur 12 dan wajib pada 15 tahun.
  • Brazil: Carteira de Identidade wajib pada umur 18 tahun.
  • Chile: Carnet de identidad mula diberi pada umur 2 atau 3 tahun dan wajib pada 18 tahun.
  • Estonia: id.ee (dalam bahasa Estonia)
  • Hong Kong, China: Jabatan Imigresen (dalam bahasa Inggeris). Wajib pada umur 11 tahun dan diperbaharui pada umur 18 tahun.
  • Indonesia: Kartu Tanda Penduduk (KTP)
  • Israel: Teudat Zehut mula diberikan pada umur 16 dan wajib pada 18 tahun.
  • Itali: Carta d'Identità
  • Jerman: Personalausweis. Wajib mempunyai sama ada Personalausweis atau pasport pada umur 16 tetapi tidak perlu membawanya. Pihak berkuasa berhak meminta pengenalan tetapi boleh ditangguhkan ke masa yang sesuai. Kegagalan atau keengganan menunjukkan pengenalan boleh menyebabkan didenda.
  • Malaysia: MyKad diberi pada umur 12 dan diperbaharui pada umur 18 tahun.
  • Poland: Dowód osobisty wajib pada 18 tahun.
  • Portugal: Bilhete de Identidade
  • Romania: Carte de identitate wajib pada 14 tahun.
  • Sepanyol: Documento Nacional de Identidad (DNI) wajib pada umur 14 tahun. Boleh diberikan lebih awal jika diperlukan.
  • Singapura: National Registration Identity Card (NRIC) wajib pada umur 15 dan diperbaharui pada umur 30 tetapi tidak perlu membawanya. Pihak berkuasa berhak meminta pengenalan tetapi boleh ditangguhkan ke masa yang sesuai. Kegagalan atau keengganan menunjukkan pengenalan boleh menyebabkan seseorang itu ditahan. NRIC mungkin diperlukan untuk sesetengah urusan kerajaan atau komersil.
  • Croatia, Greece, Luxembourg, Mesir, Portugal dan Thailand juga mempunyai dokumen pengenalan khas.

Kad pengenalan tidak wajib

Australia, Austria, Belanda, Finland, Jepun, Kanada, Perancis, Sweden dan Switzerland mempunyai kad/dokumen pengenalan khas, tetapi tidak diwajibkan.

Lain-lain

  • Di Amerika Syarikat, tidak terdapat sebarang dokumen pengenalan piawai disebabkan ia adalah di bawah kuasa kerajaan negeri dan bukan kerajaan persekutuan. Pelbagai dokumen digunakan untuk mengesahkan identiti seperti lesen memandu (de facto), surat beranak, kad Keselamatan Awam (Social Security card) dan pasport.
  • Di United Kingdom, atas alasan menyusahkan bakal pengganas, kerajaannya sedang cuba memperkenalkan kad pengenalan tetapi mendapat tentangan ramai. Walau bagaimanapun, UK pernah mempunyai sistem kad pengenalan semasa Perang Dunia I dan II. Seperti Amerika Syarikat, dokumen paling biasa untuk pengenalan diri ialah lesen memandu.
  • Denmark, Iceland, Ireland dan Norway juga tidak mempunyai sebarang kad pengenalan rasmi.